Senin, 19 Oktober 2009

Aurat Perempuan

aurat adalah bagian terpenting dari setiap tubuh manusia. dan setiap tubuh manusia itu adalah keindahan kalo di pake secara baik dan benar. aurat perempuan secara jelasnya telah
dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Qur'an sebagai satu perintah dan
kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukmin mengikut
keadaan dan situasi yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian
"WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai
menutup kepala mereka dan jika perlu termasuk juga mukanya tanpa
banyak soal dan tanpa alasan-alasan yang bodoh. Kiranya ada di antara
mereka yang ingkar dengan perintah yang sudah termaktub dalam
Kitabullah, ingatlah siksaan Allah adalah amat keras buat
mereka!!!!!!. Sebagai melaksanakan kewajiban untuk menyebarkan yang
HAQ ini, maka suluk bentangkan di sini dalil dan nas yang berkaitan
dengan KEWAJIPAN MENUTIP AURAT bagi setiap wanita Islam yang mengaku
beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya. Antaranya ialah sebagaimana
berikut;

Nas Pertama

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara
mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak
bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang
lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa
yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
[Surah An-Nur:31}

Nas Kedua

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian
lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]

Nas Ketiga {Dari Kitab-kitab karangan Ulama Muktabar]

1. Aurat antara muslimat dan bukan muslimat. Khilaf ulama' dalam
mentafsirkan kalimah `auNisaa' ihinna' dalam ayat 31 surah anNuur
(24). Menurut Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur
ulama' mentafsir kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja. Dari
tafsir Qurthubi (Jld 12, ms 233) juga mentafsirkan kalimah
"aunisaa'ihinna" itu sebagai wanita muslimah sahaja.


Ini bermakna aurat wanita dihadapan wanita bukan Islam ialah muka dan
dua tapak tangan. Imam Qurthubi membawa hujah perintah Umar alKhattab
RA kepada Gabnurnya, Abu Ubaidah alJarrah supaya tidak membenarkan
wanita Islam mandi bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam.

Pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur ialah pendapat Ibn
Arabi (Ahkamul Qur'an, Jld 3, ms 326) beliau berpendapat maksud
`aunisaa'ihinna' (wanita mereka) itu bermaksud semua wanita yang baik
akhlaqnya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna
wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya
dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan
Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri,
maka wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Syaikh Ali Asyhabuni
(mufassir baru dari Saudi (Tafsir Asyabuni) menyokong pendapat Ibn
Arabi.

MASALAH PERTAMA: Hukum lelaki yang baligh melihat perempuan ajnabi.
Di bawah ini saya nyatakan beberapa masalah di sekitar hukum ini:

a) Haram melihat kepada aurat perempuan yang ajnabi. Aurat perempuan
di hadapan lelaki ajnabi sebagaimana yang telah disepakati oleh jumhur
fuqahak ialah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan dua tapak
tangan.

b) Fuqahak telah berselisih pendapat mengenai muka dan dua tapak
tangan perempuan ajnabi, adakah ia aurat atau tidak.

Menurut sebahagian ulamak, kedua anggota ini adalah aurat yang wajib
ditutup samada ia menimbulkan fitnah ataupun tidak, atau samada akan
menaikkan syahwat kepada lelaki yang melihat ataupun tidak.

Sebahagiannya pula berpendapat bahawa kedua anggota ini bukanlah aurat
yang wajib ditutup. Tidak diharamkan bagi seorang lelaki melihatnya.

Walaubagaimanapun mereka ini bersepakat mengatakan bahawa keduanya
haram dilihat apabila akan menimbulkan fitnah. Ini bermakna mereka
bersetuju mengatakan haram hukumnya bagi lelaki ajnabi melihat kedua
anggota ini apabila menimbulkan fitnah atau melihat keduanya dengan
syahwat.

c) Pengharaman melihat aurat bukan sahaja pada anggota yang masih
berhubung atau melekat dengan tubuh badan, bahkan diharamkan juga
melihatnya setelah ia bercerai dari tubuh badan seperti kuku, rambut,
bulu kemaluan dan lain-lain.

Wajib menyimpan anggota atau bulu yang telah bercerai dari tubuh badan
dari dilihat oleh lelaki atau perempuan ajnabi.

MASALAH KEDUA: Kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan
melihat perempuan.

Perempuan tersebut wajib menutup anggota di antara pusat dan lutut
sebagaimana auratnya di hadapan mahram.

MASALAH KETIGA: Lelaki yang hampir baligh.

Lelaki yang hampir baligh diharamkan melihat aurat perempuan yang
ajnabi sebagaimana lelaki yang telah baligh (lihat masalah pertama).

MASALAH KEEMPAT: Lelaki yang terpotong zakarnya dan buah pelirnya

Lelaki ini diharuskan melihat perempuan yang ajnabi sebagaimana dia
melihat mahramnya, iaitu selain anggota di antara pusat dan lututnya.

MASALAH KELIMA: Lelaki yang hanya mempunyai zakar sahaja tanpa buah
pelir atau yang mempunyai buah pelir sahaja tanpa zakar

Lelaki ini seperti hukum lelaki yang normal, iaitu yang mempunyai
zakar dan buah pelir (lihat masalah pertama).

MASALAH KEENAM: Hamba lelaki melihat tuannya (perempuan)

Jika hamba tersebut bersifat adil (tidak fasik) dan tuannya juga
bersifat adil, maka harus melihatnya sebagaimana melihat mahram, iaitu
selain dari anggota di antara pusat dan lutut.

MASALAH KETUJUH: Melihat hamba perempuan

Melihat hamba perempuan sebagaimana hukum melihat perempuan yang
merdeka (lihat masalah pertama).

MASALAH KELAPAN: Melihat kanak-kanak perempuan

Harus melihat seluruh anggota kanak-kanak perempuan yang belum sampai
peringkat diingini oleh lelaki kecuali pada farajnya. Diharuskan
kepada ibubapa, penjaga atau perempuan yang menyusukan kanak-kanak
perempuan yang masih dalam peringkat menyusu dan asuhan melihat dan
menyentuh farajnya. Kerana dalam usia begini, ibu ataupun pengasuh
terpaksa membasuh farajnya dari najis, mengubatinya atau sebagainya.

Melihat dan menyentuh zakar kanak-kanak lelaki adalah sebagaimana
faraj kanak-kanak perempuan.

MASALAH KESEMBILAN: Melihat perempuan yang telah tua

Imam al-Ghazali berkata bahawa hukum melihat perempuan ajnabi yang
telah tua adalah sebagaimana hukum melihat perempuan yang masih muda.

MASALAH KESEPULUH: Melihat perempuan yang mahram (yang haram dinikahi
seperti ibu, saudara perempuan dan sebagainya)

Seorang lelaki diharamkan melihat anggota di antara pusat dan lutut
mahramnya. Dia diharuskan melihat selain dari anggota tersebut.

Dia juga diharuskan berkhalwat dan bermusafir bersama mahramnya.

MASALAH KESEBELAS: Lelaki melihat lelaki

Seorang lelaki diharuskan melihat selain dari anggota di antara pusat
dan lutut lelaki lain.

MASALAH KEDUABELAS: Melihat lelaki muda belia yang belum ditumbuhi
janggut atau bulu (amrad)

Haram melihatnya dengan syahwat.

MASALAH KETIGABELAS: Perempuan melihat perempuan

Sebagaimana hukum lelaki melihat lelaki (lihat masalah kesebelas).

MASALAH KEEMPATBELAS: Perempuan kafir melihat perempuan muslimah

Diwajibkan kepada perempuan muslimah menutup auratnya di hadapan
perempuan kafir kerana tidak, berkemungkinan dia akan menceritakan
auratnya kepada lelaki kafir.

MASALAH KELIMABELAS: Perempuan melihat lelaki yang ajnabi

Sebagaimana hukum lelaki melihat perempuan yang ajnabi (lihat Masalah
pertama).

MASALAH KEENAMBELAS: Perempuan yang fasik melihat perempuan yang
terpelihara kehormatannya

Perempuan yang terpelihara kehormatannya wajib menutup auratnya di
hadapa perempuan yang fasik kerana melakukan zina atau lebian
(hubungan seks antara perempuan dengan perempuan)

MASALAH KETUJUHBELAS: Suami melihat isteri

Di bawah ini adalah masalah yang berhubung kait dengan hukum ini:

a) Harus bagi suami melihat seluruh tubuh badan isterinya atau hamba
perempuan yang halal untuknya, tetapi makruh melihat farajnya
lebih-lebih lagi batin farajnya.

b) Diharuskan juga menyentuh farajnya. Manakala melihat dan menyentuh
duburnya tanpa memasukkan zakar ke dalamnya adalah harus.

c) Pengharusan ini hanya berlaku ketika isterinya masih hidup lagi.
Setelah kematiannya, hukumnya adalah sebagaimana melihat mahramnya
(lihat masalah kesepuluh).

MASALAH KELAPANBELAS: Isteri melihat suami

Sebagaimana hukum suami melihat isteri (lihat masalah ketujuhbelas).

MASALAH KESEMBILANBELAS: Menyentuh sesuatu yang haram dilihat

Masalah di sekitar hukum ini ialah: a) Haram menyentuh sesuatu yang
haram dilihat sebagaimana yang tercatat di dalam masalah-masalah yang
lalu, kerana menyentuh adalah lebih mendatangkan kenikmatan dan
kelazatan lagi jika dibandingkan dengan melihat.

b) Haram bagi dua orang lelaki atau dua orang perempuan berbaring di
dalam satu kain atau selimut dalam keadaan berbogel dan di atas satu
tilam.

Ibubapa atau penjaga wajib memisahkan di antara kanak-kanak lelaki
atau perempuan dari tempat tidur ibubapanya. Begitu juga antara adik
beradik lelaki dan perempuan.

c) Haram memicit atau mengurut peha lelaki lain tanpa lapik. Jika
berlapik, maka diharuskan tetapi dengan syarat tidak dikhuatirkan
fitnah dan tidak dengan syahwat.

d) Haram menyentuh mahramnya, begitu juga sesama lelaki atau sesama
perempuan sekalipun pada anggota yang harus dilihat seperti pada kaki
atau perutnya, termasuk mengusapnya kecuali kerana hajat atau
dilakukan kerana timbul dari perasaaan kasih sayang serta bebas dari
fitnah dan syahwat.

e) Haram menyentuh muka perempuan yang ajnabi sekalipun diharuskan
melihatnya kerana hendak meminang.

f) Hukum berjabat tangan.

i- Seorang lelaki diharamkan berjabat tangan dengan perempuan yang
ajnabi. Dalil yang mendasari hukum ini ialah:

Dalil pertama: Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidah
Aisyah r.a. mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah r.a. berkata: " Demi Allah,
tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan
itu. Baginda hanya membai'at mereka dengan perkataannya: "Benar-benar
telah aku bai'at kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata:
"Maksud ucapan Rasulullah s.a.w.: "Benar-benar telah bai'at kamu
dengan ucapan." adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang
biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah
dijalankan.

Dalil kedua: Dari Abdullah bin Amr bin al-As r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan tangan dengan
perempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)

Sunat berjabat tangan antara sesama lelaki atau sesama perempuan
ketika bertemu.

Makruh berjabat tangan dengan orang yang mempunyai penyakit kusta.

Haram hukumnya berjabat tangan dengan amrad (lelaki muda yang belum
tumbuh misai atau bulu) dengan disertai oleh syahwat.

g) Makruh memeluk dan mengucup kepala sesama lelaki atau sesama
perempuan kecuali terhadap orang yang baru sampai dari musafir atau
orang yang lama tidak ditemui. Bahkan perkara ini sunat dilakukan.

h) Sunat mengucup tangan orang soleh, warak, berilmu agama atau
sebagainya yang dihormati dan dimuliakan dari segi agamanya. Manakala
makruh hukumnya melakukan perkara tersebut terhadap orang yang
dihormati dari sudut keduniaannya, seperti orang yang berpangkat,
orang kaya atau sebagainya.

i) Diharuskan mengucup mayat orang soleh.

j) Sunat mengucup kanak-kanak sekalipun anak orang lain kerana kasih
sayang.

k) Sunat berdiri untuk orang yang mempunyai kelebihan di dalam bidang
ilmu agama kerana menghormatinya, bukan kerana riyak, membesarkan atau
mengagungkannya.

l) Makruh membongkokkan badan terhadap sesiapa sahaja.

KEADAAN KEDUA: MELIHAT DENGAN HAJAT

Berikut ini adalah masalah yang berhubung kait dengan keadan kedua
ini, iaitu:

1) Harus melihat muka dan tapak tangan perempuan ajnabi kerana hendak
mengahwininya

2) Kerana hendak membeli hamba perempuan.

Diharuskan melihat selain dari anggota di antara pusat dan lutut.

3) Kerana bermuamalat atau berurusan dengan perempuan seperti berjual
beli. Yang dibenarkan hanyalah melihat mukanya sahaja untuk
mengenalinya.

4) Menjadi saksi, seperti melihat faraj atau zakar kerana menjadi
saksi zina atau melihat buah dada kerana menjadi saksi penyusuan.

5) Harus melihat dan menyentuh perempuan ajnabi dengan tujuan berbekam
atau mengubatinya, tetapi dengan dua syarat: a) Pengubatan itu
dilakukan di hadapan mahram, suami atau dua orang perempuan yang boleh
dipercayai. b) Tidak terdapat seorangpun perempuan yang boleh
mengubatinya.

6) Harus melihat muka perempuan ajnabi dan amrad ketika mengajar
dengan syarat: a) Ketiadaan tenaga pengajar wanita. b) Berkeuzuran
untuk mengajar di balik tabir, sebagai contoh: Ketika mengajar menulis
atau menjahit guru terpaksa mengajarnya tanpa tabir. c) Ada mahram,
suami atau dua perempuan yang boleh dipercayai bersama perempuan
tersebut.

7) Haram mengajar isteri yang telah ditalak.

Demikian himpunan hukum-kukum yang berkaitan dengan aurat perempuan
yang dikutip dari Al-Quran, Hadis dan Ulama-ulama yang Muktabar.

Kesimpulannya; tidak syak lagi bahawa WAJIB bagi seorang perempuan
menutup kepala dan seluruh tubuh kepada lelaki-lelaki asing.

Sebagai pengakhirnya renungilah firman Allah Taala seperti di bawah,
semoga sama-sama kita mendapat peringatanNya;

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan
perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai
sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih
ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat
kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat
dengan kesesatan yang jelas nyata." {Surah Al-Ahzab:36} . Allahu
A'lam

Tidak ada komentar: